Friday 13 February 2015

... Moga bertemu ketenangan abadi disana-TGNA ...


assalamualaikum & salam jumaat...


Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
saya seperti bermimpi mendengar perkhabaran tentang pemergian TGNA.
Murobbi ummah. Moga bertemu ketenangan yang abadi di sana. 

AL-FATIHAH
[9:40 ~ 12.2.15]


 


saya yakin & percaya, kehilangan beliau turut dirasai oleh seluruh umat islam...saya langsung tidak menyangka, aidilfitri tahun lepas adalah aidilfitri terakhir kami menyambut hari raya bersama beliau...Pemergiannya membawa tanda kita perlu bersiap sedia menghadapi kiamat. AllahuAkbar!! 



"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kamu ke dalam syurga-Ku." ( Surah Al-Fajr ayat 27-30)



Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.- [ sumber : perkongsian dr group whatapp. jika ada info yg tidak tepat, sy dgn rendah diri ingin memohon maaf ]


Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.



TERIMA KASIH TOK GURU
TAKBIR!!!!!



Thursday 12 February 2015

... tens 4 coming LOVE! ...


assalamualaikum.....


hepy cbb dpt jump cinta hati mama hanisah & ayah... bajet lame xjump..hehehe..eh memg lame pom la...+- 2 bulan laah kot ..hehehe...



nampak x sape yg sedih kat c2? hehe




bekalan tuk seminggu b4 balik kg...tq penaja :) ...feeling ala2 duk ostel gtue...teringat zaman teknik dl..kalo minggu xbalik kg, memg ma n ayah akan dtg..x penah miss.. haaa lebih kurg cam gnie laah bekalan yg dieorg bawak..alhamdulillah sampai skrg pom tetap same...even anak die nie dh menbesar dgn jaya nya...dh layak jd isteri org dah pom...eh tetibe?..keh keh keh




selamat jalan..alhmdulillah selamat sampai ke destinasi...:)

Wednesday 11 February 2015

... Anugerah Terindah ...


assalamualaikum...




Terima kasih ya allah diatas kurniaan-Mu yg amat berharga ini..:)



yaaa, i have a big family... of course i'm happy being a part of them..a big thanks for always give me a lot of love, a good cares,  a lot of advices, a guidance, supports, motivations, and spirit. you're colouring my life..:)








Ya Allah , 
Ampunilah dosa kami sekeluarga di atas kelalaian kami dalam mengenali-Mu... 
Jauhkanlah kami daripada pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan akhlak dan aqidah kami...
Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mensyukuri segala nikmat-Mu  YA ALLAH.
















 my mum and dad having their honeymoon again..so sweet even both of them already 60 ++ years old...


doa adik tuk ma n ayah semoga dipanjangkan usia, saling mencintai sehingga ke jannah,  dipermudahkan urusan dunia akhirat dan sentiasa mendapat keberkatan & redha ilahi.
amin.



"Ya Tuhanku, anugerahkanlah daku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua orang tuaku dan agar daku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masuklah daku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."

[An-Naml:19]














Friday 6 February 2015

... Jawab TAG 2015 ...


assalamualaikum dan salam jumaat..:)



Dapat TAG drpd seorg teman blogger :)...my 1st TAG tuk tahun 2015...bile review balik soalan2 yg ad, boley tahan susah jgak.. lg sush  drpd research aku..xoxo... 




1. Bekas kekasih saya adalah:
.....................................


2. Saya sedang mendengar:
hanya padaMU by Aina Tasneem - my fav song occay! byk pengajaran dr lagu nie..x caye cer korang dgr sndiri..hehehe.


3. Mungkin saya patut:
tetapkan dan focus pada matlamat yg ade..ape matlamat tuh? rahsia laah..:P


4. Saya suka:
- berangan
- shopping online
- search resepi 
- tgk2 brg beby


5. Sahabat-sahabat baik saya:
- mama hanisah
- my famly
- MIF
- izzati, hana, ely, eda, akma, ajeerah, nad, tiha, syam, jiji, ema, bai, ayie


6. Saya tak faham:
- kenape kadang2 sy malas nk bt esearch sy..ahaks!
- kenape laah wujud org yg dengki dgn org lain...ALLAH dah tetapkan rezeki yg terbaik untuk setiap org..so, keep on prayer lah.. *peringatan tuk diri sendiri jgak.


7. Saya kehilangan:
laptop :(


8. Ramai yang berkata:
- harga minyak dah turun tapi harga barg len masih lg mahal
- kes pelajar uitm dikelar
- yana shamsuddin bakal berkahwin
- lara alana comel


9. Makna nama saya:
siti - gelaran bg perempuan
nurul - cahaya
sharina - xthu..anyone boley tolg..heee


10. Cinta itu adalah:
perasaan kasih, syg, kesetiaan, keikhlasan yg lahir pd dr seseorg..cinta pd ALLAH, cinta pd RASUL, cinta pada mak ayah, cinta pada keluarga, cinta pada sahabat, cinta pada haiwan (kucing), cinta pada research..hehe 


11. Saya akan cuba:
- tetapkan istiqamah sy ke jalan-Nya
- perbaiki diri kearah yg lebih baik
- habiskan master sy awl thun 2016..insyaAllah!
- kawal nafsu shopping online..hehe


12. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
akhir hayat kot :P


13. Telefon bimbit saya:
blackberry hadiah dr ma & ayah


14. Bila saya terjaga dari tidur:
sy akn cr cellphone tuk tgk jam & tgk notification yg ad..bc jelaah..x respond pun..haha..


15. Saya paling benci apabila:
- People make a big fuss of something not important
- cheater
- selfish


16. Pesta/Parti adalah:
people gathering..celebrate besday, family gathering, etc..paling xsuka parti yg berkaitan sesuatu product!


17. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
ofcos laahh kucing i..LARA & REO


18. Peringkat umur paling menyeronokkan bagi saya ialah:
- mase kechik kot
- tercapai ape yg dihajati xkisah lah mase tue dh tua pom..hehe


19. Hari ini:
hari jumaat, bt homework, kemas dapo, update blog..hehe


20. Malam ini saya akan:
continue bt homework, online, makan western kot


21. Saya betul-betul ingin:
- abiskan master dlm mase yg dirancang..cbb nk tolong ma&ayah, nk kawen, nk ade rumah sndiri..ahaks!
- menunaikan umrah


22. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
"bile nk hilang parut jerawat nie.." - monolog dalam diri


23. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
ofcos pusat membeli-belah


24. Makanan segera adalah:
makanan yg x bape bagus pom utk diamalkan...TAPI tue la makanan wajib aku mase belajar..MAGGIE..selain jimat, mudah dan cepat disediakan..hehehe


25. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
dh - bls whatapp MIF





oke done..penat PK nk jawab soalan nie..hehehe :)..semoga kalian juga turut mendoakan supaya dipermudahkan segala urusan sy...amin :)

... 55 Amalan Sunnah RASULLULLAH ...


assalamualaikum..




1. PANDANGAN MATA

Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.


2 MAKAN GARAM

Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.


3. MINUM TANGAN KANAN

Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.


4. SESAAT DI JALAN ALLAH

Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"


5. LANGKAH KANAN

Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.


6. MAKAN TIGA JARI

Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.


7. JAMINAN ALLAH

3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.


8. GUNTING BULU

Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.


9. JANGAN BERSIUL

Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.


10. CARA POTONG KUKU TANGAN

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.


11. CARA POTONG KUKU KAKI

Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.


12. PANJANG LENGAN BAJU

Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.


13. PAKAIAN KESUKAAN

Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.


14. BERSIWAK

Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.


15. DOA DALAM SUJUD

Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.


16. ADAB DI TANDAS

Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.


17. ADAB MAKAN

Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.


18. TIGA JENIS ORANG

3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.



19. PAKAI MINYAK WANGI

Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.


20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR

Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.


21. CINCIN PERAK

Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.


22. SOLAT FARDHU DI MASJID

Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.


23. PAKAI CELAK

Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.


24. PANJANG PAKAIAN

Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .


25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH

Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?


26. MENGUAP

Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.


27. MENYIMPAN JANGGUT

Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.


28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR

Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.


29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH

Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.


30. POSISI TIDUR

Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.


31. MINUM LEPAS MAKAN

Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.


32. TIDUR SEBELUM ZOHOR

Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.


33. BERDIRI HORMAT

Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.


34. PAKAIAN BERWARNA

Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.


35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN

Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.


36. MENU RASULULLAH

Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.


37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK

Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.


38. KETAWA RASULULLAH

Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.


39. MINUMAN RASULULLAH

Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.


40. HISAP AIR DALAM HIDUNG

Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.


41. BERI MAKAN ANAK YATIM

Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.


42. LARANGAN PAKAI CINCIN

Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.


43. BANGUN TIDUR

Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.


44. KONGSI MAKANAN

Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.


45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR

Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR

Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.


47. JANGAN MENCACI MAKANAN

Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.


48. APABILA BERTAMU

Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.


49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS

Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.


50. MAKANAN PANAS

Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.


51. GILIRAN MINUM

Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.


52. 3 AMAL

Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.


53. JANGAN TIDUR MENIARAP

Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.


54. CARA PEGANG MISWAK

Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.


55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH

Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....
















Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!

Monday 2 February 2015

... Demam Majlis Kawin ...


assalamualaikum....?





alhamdulilah..tahniah kepada semua kenalan yg akan mendirikan masjid pd bulan FEBRUARY nie..barakallah kalian.. :)



terima kasih jgak cbb sudi jemput iolss plus ad yg ciap pos kad lg...hehehe.. oke terima kasih.. insyaAllah yg mane diberi kesempatan dan kelapangan, aku akan pegi,, :)... yg xsempat tue, mintak maap ea... :P




19 FEBRUARY 2015

NUR HANIS BINTI AZAZIZ  MUHAMMAD AFIQ BIN ANI




20 FEBRUARY 2015

AMIDATUL IMA  SHAFIQ

NOR HAFIZ BIN MOHAMMAD ♥ SITI NURUL ASHIQIN BT ABD ROHMAN

NIK NORAZILAWANI BT NIK YUSOF  SOLAHUDDIN BIN MOHD PAKROLRAZI




21 FEBRUARY 2015

AISYAH  FALIQ

HANA DIANA ♥ ROZILAN

AIMI  ♥ AIZAT

YANA  ♥ ADI




28 FEBRUARY 2015

AHMAD SUBAIH  RABIATUL ADAWIYAH YACOB





“Semoga Allah memberkatimu dan memberkati atasmu serta mengumpulkan 
kamu berdua dalam kebaikan“.

(HR. Shahih Tirmidzi 1/317) 




ramai betul yg bakal mendirikan rumahtangga bulan nie...eh dh memg smpai mase die...kn? aku nie je yg lmbat...hehehe...utk bakal imamku..bersabarlah anda menunggu :)



so, aku kene la jgak bt preparation nk pegi wedding dieorg...hahaha..oke, hadiah dh settle..ma yg uruskn..memndngkan ank die jauh...nasib la ad ma yg understanding + supporting...hehehe..TAPI bj xd lg...hermmmm...pkai je laaah mane yg ad...as simple as i can...*pujuk diri sendiri :(










Sunday 1 February 2015

... postgraduateworkshop by MPWS ...



assalamualaikum....




alhamdulillah selesai suda seminar kat n.9 nie...jom balik bp...hehehe :)


*trobak ciked


oleh kerana xmau stay mane2 hotel, kiteorg decide nk gerak pg..so 5 pg dh gerak ke USIM n.9..seminar start 8.45.. alhamdulillah smpai awl...



selpie dl...pas solat subuh kat RNR melaka :)



::The great speakers::




Pengisisan yg sgt BEST!! aku paling suka part DR OT  (Tulis THESIS pantas) & DR AZUADI (publish and flourish)...









eh2 ad gmbar kite la...nampak x aku tgh focus...cononye laa.. :) seminar end up around 5.30... kiteorg terus balik bp..




ini makan nye...sabar jela..bab kate member aku "hadap jem nie ibarat awak nk abiskan master awk..byk cabaran" ... alhamdulillah selamat sampai bp 11 mlm...





TERjmp adik manis nie kat seminar...TERjmp kah??...hehehe..satu teknik n now on satu universiti TAPI field len2... 







semoga ukhwah ini dirahmati..amin.