Saturday 15 October 2011

..peringatan..


effect tido x cukup!!!!!!!

TIDUR menjadi keperluan asas yang penting dalam hidup. Jika kita tidur dengan sempurna, kita akan bangun dengan berasa segar, sentiasa peka dan bersedia menghadapi hari baru. Jika tidak, setiap aspek kehidupan kita akan menerima kesannya.

Sepenting udara, makanan dan air
TIDUR bukanlah satu kemewahan hidup kerana ia lebih merupakan satu keperluan. Ia membantu memulihara dan mengembalikan otak dan tubuh. Malah, ia penting untuk menjamin kesihatan yang baik. Pakar-pakar kesihatan percaya, kita perlu tidur sama seperti kita perlukan udara, makanan dan air.

Malangnya, kita kini semakin kurang mementingkan waktu tidur. Tidur dianggap sudah tidak penting lagi kerana kita kini lebih mengutamakan kerja lain. Keinginan untuk bergaul, bersenam dan berekreasi menyebabkan kita semakin kekurangan waktu tidur.
Menurut pakar tidur, amalan sebegini boleh meninggalkan kesan buruk kerana ia berupaya menjejaskan kesihatan, pekerjaan (bagi pelajar, prestasi di sekolah), malah keselamatan diri sendiri dan orang lain.

“Jika anda berhenti tidur, anda akan mati. Mereka yang tidak cukup tidur selama 5-10 jam, sama ada atas kehendak sendiri atau disebabkan tugas, didapati berkeadaan tidak rasional, paranoid, keliru, malah berkhayal,” demikian amaran daripada pakar tidur, Dr James B. Maas dalam bukunya, Power Slee.
“Tanpa mengira usia, kesan-kesan akibat tidak cukup tidur termasuklah menimbulkan gangguan dan membahayakan diri.” Kata Pengarah Esekutif Yayasan Timur Amerika, Richard Gelula.

Menurut saintis, tidak cukup tidur menjejaskan 50% tumpuan dan kepekaan, 50% kemampuan menimbang sesuatu perkara, 30% kemahiran bergaul dan 20% daya ingatan.
Tidak cukup tidur juga dikenali sebagai “hutang tidur”, yang menimbulkan banyak masalah di beberapa negara. Ia didapati mengurangkan tenaga, menjejaskan tumpuan, dan memdedahkan risiko kemalangan kerana terlelap ketika memandu.

Selain itu, prestasi ketika bekerja dan hubungan sesama rakan setugas turut menerima tempiasnya. Kesakitan mungkin dirasai berikutan kesan-kesan fizikal dan mental akibat kurang tidur.

Seperti yang dijelaskan oleh William C. Dement, seorang pakar mengenai isu tidur dan kurang tidur, “Kita tidak sihat kecuali tidur kita cukup sihat. Dan kita tidak boleh menjadikan tidur kita sihat kecuali kita benar-benar menyedari baik buruknya.”

8 perkara penting mengenai tidak cukup tidur:

      1. Secara langsung menyebabkan, atau dikaitkan dengan,lebih 20 masalah kesihatan seperti murung,diabetes dan penyakit jantung.
      2. Menimbulkan masalah mental seperti gangguan fikiran, mengelamun, berkhayal, gelisah, takutdan paranoid.
        Menjejaskan daya ingatan, menghalang pembelajaran 
        kemahiran baru dengan berkesan, dan kurang kreatif.
        1. Menjejaskan daya ingatan, menghalang pembelajaran kemahiran baru dengan berkesan, dan kurang kreatif.
        2. Menjejaskan prestasi di tempat kerja – pekerja yang mengantuk kurang motivasi, tidak dapat memutuskan sesuatu perkara, melakukan banyak kesilapan, gagal menangani stres dengan baik dan tidak kisah dengan kerja mereka.
        3. Di sekolah, ia menimbulkan masalah disiplin dan tingkah laku, serta pencapaian yang rendah.
        4. Bagi kanak-kanak, ia menimbulkan risiko kecederaan – mereka yang mengantuk lebih kerap terjatuh dan terlanggar sesuatu.
        5. Menjejaskan keselamatan pekerja dan pengguna jalan raya dengan kecenderungan terlibat dalam kemalangan.
        6. Menurunkan mutu kehidupan.

          sumber : 



:. demam TEST.:

14.10.2011 
8.00 - 9.00 p.m
c++

15.10.2011
9.00 - 10.00 a.m
maths

16.10.2011
8.30 - 9.30 a.m
electronic digit

23.10.2011
8.00 - 10.00 a.m
presentation nation hood

23.10.2011
12.00 - 1.00 p.m
matlab

26.10.2011
8.00 - 9.00 p.m 
power system

29.10.2011
2.00 - 3.00 p.m
engineer&society

p/s :maybe ad perubahan..akn kuuu update dr ms ke semasa...

Thursday 13 October 2011

:. s.e.k.a.d.a.r R.E.N.U.N.G.A.N .:

tetibe terase nk update my blog..padahal bkn nye free pom..keje bnyak lg x settle..skrg dah kul 2.40 a.m..tp....nk jgak2 membelai blog nie..hehehehe..ayat x leh blah kn..???

tetibe aje mau ckap sal CINTA..nape ek..??xthu laa....emmm org ckap ms bercinta nie semua indah..hehehehe..tol ke..??tol atau x terpulg pd individu masing2 kn..mybe korg pom ad sejarah korg..cinta monyet la..cinta 3 segi la...aiisshhh mcm2...

tp kan..mama ena penh ckap.."mase blaja tue blaja je..jgn nk gatal2 bercinta kat skola..bile dah masuk u 6ti bnyak lg pilihan"..toll keee..??ermmm tp lau dah masukk u..lau sume dah ad yg punye mcm ne..???melepasss la...x pom...ad ke org nk pndg kite nie...(wak ayat sedih plak)

tp kan lau kite dah jmp yg terbaik tuk dr kite hargai la die seadanya..

tp mcm ne lak bg org yg xreti nk menghargai seseorg..???emm..bile dah lame kn..mula la ckap xserasi..pas2 ckap xd mase la..pas2 leh plak ckap makin jauh la..leh x lau ena nk ckap i2 SEMUA ALASAN!!!!hehehehe..

bile dah pts..mcm2 leh jd kn..penh x korg pk..mcm ne la org yg puts cinta nie nk survive balik..yela xkn puts cinta xd perasaan kn..lau yg xd perasaan 2,,memg x normal...

apepom...tuk sume pembaca entry nie n berpesan pd dr sendiri jgak..lau korg yg ad pakwe ke/makwe ke..hargai die leklok tau..jg die leklok..jgn sakitkan aty die n cb la berfkr bg pihak lain jgak..

~perempuan yg baik adalah tuk lelaki yg baik~
insyaalah

...sekadar renungan bersama...

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.
Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.
Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.
Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.
Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

~LAU RAJIN BC LA YG BWH NIE SKALI EA~

  1. Buang semua gambar-gambar bekas tupware korang tuh, tak payah nak mengada-ngada simpan dalam wallet, laptop, henfon, hardisk, pendrive, memory card, album dan sebagainya lagi. 
  2. Set dalam kepala otak korang, yang setiap yang berlaku dalam hidup ni telah ditentukan oleh Allah SWT . Setiap yang berlaku ada hikmahnya . Cuma kita belum tahu kenapa selagi tidak ditunjukkannya.
  3. Tak payah mengada-ngada nak nangis lebih-lebih bila kena tinggal sampai nak bunuh diri, santau orang dan sebagainya. Itu dah masuk dalam kategori orang yang khufur. Kalau dah cukup pahala nak buat tu, terpulang. Neraka juga akhirnya. okey?
  4. Percaya dalam hati bahawa masih banyak lagi manusia yang lebih sesuai untuk korang, Allah SWT sentiasa memberikan yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya, jadi toksah risau sangat :) 
  5. Tak payah nak bagi sumpah seranah, caci maki, kutuk habis-habisan bila si kekasih minta putus, sebab benda tu adalah satu perkara yang tersangatlah sia-sia.. Hadapinya dengan tabah dan tenang.!
hehehe..nk sambg buat keje leee...engineer n society sedg menunggu..die sj je kn jeless dgn kite..by2 uollss..


Wednesday 12 October 2011

m.e.m.o.r.i.


:. memori tercipta.:

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Tuesday 11 October 2011

..b.u.s.y..

monim uollss...

tersangat-sgt lah busy minngu nie...tdo pom lambt..keje betambun..hehehehe..biase la student kan..tnggunjawb kite tuk blaja..i2 lom ad comitment len lg..tp......i2 pom dah cukup tertekan bg ak kot..heheheheehe..apepom..harap sesgt dapat jawb test dgn bek..wish u gud luck guys..

Wednesday 5 October 2011