Saturday 15 October 2011

..peringatan..


effect tido x cukup!!!!!!!

TIDUR menjadi keperluan asas yang penting dalam hidup. Jika kita tidur dengan sempurna, kita akan bangun dengan berasa segar, sentiasa peka dan bersedia menghadapi hari baru. Jika tidak, setiap aspek kehidupan kita akan menerima kesannya.

Sepenting udara, makanan dan air
TIDUR bukanlah satu kemewahan hidup kerana ia lebih merupakan satu keperluan. Ia membantu memulihara dan mengembalikan otak dan tubuh. Malah, ia penting untuk menjamin kesihatan yang baik. Pakar-pakar kesihatan percaya, kita perlu tidur sama seperti kita perlukan udara, makanan dan air.

Malangnya, kita kini semakin kurang mementingkan waktu tidur. Tidur dianggap sudah tidak penting lagi kerana kita kini lebih mengutamakan kerja lain. Keinginan untuk bergaul, bersenam dan berekreasi menyebabkan kita semakin kekurangan waktu tidur.
Menurut pakar tidur, amalan sebegini boleh meninggalkan kesan buruk kerana ia berupaya menjejaskan kesihatan, pekerjaan (bagi pelajar, prestasi di sekolah), malah keselamatan diri sendiri dan orang lain.

“Jika anda berhenti tidur, anda akan mati. Mereka yang tidak cukup tidur selama 5-10 jam, sama ada atas kehendak sendiri atau disebabkan tugas, didapati berkeadaan tidak rasional, paranoid, keliru, malah berkhayal,” demikian amaran daripada pakar tidur, Dr James B. Maas dalam bukunya, Power Slee.
“Tanpa mengira usia, kesan-kesan akibat tidak cukup tidur termasuklah menimbulkan gangguan dan membahayakan diri.” Kata Pengarah Esekutif Yayasan Timur Amerika, Richard Gelula.

Menurut saintis, tidak cukup tidur menjejaskan 50% tumpuan dan kepekaan, 50% kemampuan menimbang sesuatu perkara, 30% kemahiran bergaul dan 20% daya ingatan.
Tidak cukup tidur juga dikenali sebagai “hutang tidur”, yang menimbulkan banyak masalah di beberapa negara. Ia didapati mengurangkan tenaga, menjejaskan tumpuan, dan memdedahkan risiko kemalangan kerana terlelap ketika memandu.

Selain itu, prestasi ketika bekerja dan hubungan sesama rakan setugas turut menerima tempiasnya. Kesakitan mungkin dirasai berikutan kesan-kesan fizikal dan mental akibat kurang tidur.

Seperti yang dijelaskan oleh William C. Dement, seorang pakar mengenai isu tidur dan kurang tidur, “Kita tidak sihat kecuali tidur kita cukup sihat. Dan kita tidak boleh menjadikan tidur kita sihat kecuali kita benar-benar menyedari baik buruknya.”

8 perkara penting mengenai tidak cukup tidur:

      1. Secara langsung menyebabkan, atau dikaitkan dengan,lebih 20 masalah kesihatan seperti murung,diabetes dan penyakit jantung.
      2. Menimbulkan masalah mental seperti gangguan fikiran, mengelamun, berkhayal, gelisah, takutdan paranoid.
        Menjejaskan daya ingatan, menghalang pembelajaran 
        kemahiran baru dengan berkesan, dan kurang kreatif.
        1. Menjejaskan daya ingatan, menghalang pembelajaran kemahiran baru dengan berkesan, dan kurang kreatif.
        2. Menjejaskan prestasi di tempat kerja – pekerja yang mengantuk kurang motivasi, tidak dapat memutuskan sesuatu perkara, melakukan banyak kesilapan, gagal menangani stres dengan baik dan tidak kisah dengan kerja mereka.
        3. Di sekolah, ia menimbulkan masalah disiplin dan tingkah laku, serta pencapaian yang rendah.
        4. Bagi kanak-kanak, ia menimbulkan risiko kecederaan – mereka yang mengantuk lebih kerap terjatuh dan terlanggar sesuatu.
        5. Menjejaskan keselamatan pekerja dan pengguna jalan raya dengan kecenderungan terlibat dalam kemalangan.
        6. Menurunkan mutu kehidupan.

          sumber : 



No comments:

Post a Comment