10 TIPS PENJAGAAN HANDPHONE (HP), SMARTPHONE, TABLET DAN SEANGKATAN DENGANNYA..
1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..
2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawa b & sanggup menikahinya..
3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..
4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..
5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..
6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..
7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..
8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..
9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).
10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang.
~copy&paste~
No comments:
Post a Comment