PENGENALAN
Tun
Hussein Onn terkenal dengan sifat patriotisme yang tinggi dalam dirinya. Patriotisme
ditafsirkan sebagai sikap positif dan menolong terhadap tanah air,
bangsa atau negara. Meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan
budaya bangsa, memelihara ciri bangsa dan dasar kebudayaan.
LATAR BELAKANG
Tun Hussein Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
ke-3. Beliau telah memimpin Malaysia dari tahun 1976 sehingga tahun 1981.
Beliau dilahirkan dilahirkan di Johor
Bahru, Johor pada 12 Febuari 1922 dan merupakan anak sulung hasil
perkahwinan Dato’ Onn Jaafar dengan Datin Halimah Hussein.
Tun Hussein bin Dato' Onn menerima pendidikan awal di English
College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.
Malangnya pendidikan beliau tidak dapat diteruskan selepas menamatkan Senior
Cambridge kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Tun Hussein terus menyertai
Pasukan Tentera Johor (Johor Military Forces) dan menjalani latihannya
di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra Dun, India dan setelah ditauliahkan beliau
menyertai Regimen Hyderabad ke-19.
Bermula tahun 1942 Tun Hussein terlibat secara aktif
dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq. Apabila Perang Dunia
Kedua meletus di rantau Asia, Tun Hussein ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu
Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke
unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya
menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun Hussein merancang
dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.
Apabila Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Tun
Hussein kembali ke Tanah Melayu dan memulakan tugasnya sebagai Pemerintah Polis
Depot, di Johor Bahru. Beliau kemudiannya bersara dari perkhidmatan ketenteraan
dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang
bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera,
Tun Hussein dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa.
Kemudiannya Tun Hussein menjadi ahli Perkhidmatan
Pentadbiran Melayu. Beliau dihantar ke beberapa tempat di Johor dan Selangor
sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Semangat Datuk Onn Jaafar
menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun Hussein untuk bersama
bapanya menentang Malayan Union. Tun Hussein kemudian menyertai ayahandanya
dalam bidang politik apabila ayahandanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor
Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, Tun Hussein dilantik sebagai Penolong
Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang
pertama pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO
dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua
Pemuda UMNO.
Di samping penglibatannya dalam politik, Tun Hussein
memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan
Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1950 beliau dilantik sebagai
ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping menduduki Majlis Mesyuarat
Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
Walau bagaimanapun penglibatan Tun Hussein mulai pudar
apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu
tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila Datuk Onn bin Jaafar menarik
diri dari UMNO, Tun Hussein kemudianya menyertai ayahandanya keluar dari UMNO
dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951
dan kemudiannya Parti Negara. Tun Hussein kemudiannya meninggalkan alam politik
apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di
Lincoln's Inn, England dan lulus pada tahun 1958.
Sekembalinya ke tanah air Tun Hussein membuka firma
guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu beliau telah pun berumah
tangga dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan mempunyai 6 orang
anak. Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau menyertai UMNO semula atas
pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Yang Di-Pertua UMNO pada tahun
1964. Pada Jun 1969 Tun Hussein dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO
(kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah lama menghilangkan
diri dari arena politik, tapi UMNO yang mempunyai kepercayaan atas kebolehan
beliau mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru
Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana Tun Hussein memenangi kerusi
Parlimen ini dengan mudah sahaja pada Mei 1969.
PENYATAAN MASALAH
Tun
Hussein Onn pencetus ideologi patriotik dalam masyarakat yang berbilang kaum.
OBJEKTIF
Antara
objektif kajian ialah:
1. Mengenali
pejuang kemerdekaan Tun Hussein Onn bin Dato Jaafar serta memperingati jasa dan pengorbanan beliau.
2. Mengetahui
corak kepimpinan Tun Hussein Onn sebagai seorang pemimpin yang bersemangat
patriotism.
3.
Melahirkan semangat patriotisme dikalangan belia.
4.
Integrasi bersama dalam memelihara
keamanan negara.
SKOP KAJIAN
Kajian
ini dilaksanakan melalui kajian kepustakaan iaitu sumber sekunder dan temubual
bagi mengetahui sifat patriotisme yang ada dalam diri Tun Hussein Onn sebagai
seorang pemimpin yang dedikasi dan cinta akan negara dan bangsa.
Kajian
yang dilakukan ini bertujuan untuk:
1. Mengekalkan
semangat patriotisme dalam diri anak muda zaman sekarang yang kebanyakkannya
terlalu cetek ilmu sejarah terutamanya tokoh gemilang Negara.
2. Memberi
pendedahan kepada golongan muda yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa
hadapan mengenai sejarah politik negara bagi panduan dan pengajaran.
FOKUS KAJIAN
ASAL USUL
Tun Hussein bin Dato' Onn telah
menerima pendidikan awal di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.
Malangnya pendidikan beliau tidak dapat diteruskan selepas menamatkan Senior
Cambridge kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Tun Hussein terus menyertai
Pasukan Tentera Johor (Johor Military Forces) dan menjalani latihannya
di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra Dun, India dan setelah ditauliahkan beliau
menyertai Regimen Hyderabad ke-19.
Bermula tahun 1942 Tun Hussein terlibat
secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq. Apabila
Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, Tun Hussein ditempatkan di Cawangan
Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau kemudiannya
dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah
tanah Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun
Hussein merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.
Apabila Perang Dunia Kedua tamat pada
tahun 1945, Tun Hussein kembali ke Tanah Melayu dan memulakan tugasnya sebagai
Pemerintah Polis Depot, di Johor Bahru. Beliau kemudiannya bersara dari
perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup
cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun
berkhidmat dalam tentera, Tun Hussein dikenali sebagai seorang yang berdisiplin
dan menepati masa.
Kemudiannya Tun Hussein menjadi ahli
Perkhidmatan Pentadbiran Melayu. Beliau dihantar ke beberapa tempat di Johor
dan Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Semangat Datuk Onn Jaafar
menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun Hussein untuk bersama
bapanya menentang Malayan Union. Tun Hussein kemudian menyertai ayahandanya
dalam bidang politik apabila ayahandanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor
Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, Tun Hussein dilantik sebagai Penolong
Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang
pertama pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO
dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua
Pemuda UMNO.
Di samping penglibatannya dalam
politik, Tun Hussein memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di
Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1950
beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping menduduki
Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
Walau bagaimanapun penglibatan Tun
Hussein mulai pudar apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada
orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila Datuk Onn
bin Jaafar menarik diri dari UMNO, Tun Hussein kemudianya menyertai ayahandanya
keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun
1951 dan kemudiannya Parti Negara. Tun Hussein kemudiannya meninggalkan alam
politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang
di Lincoln's Inn, England dan lulus pada tahun 1958.
Sekembalinya ke tanah air Tun Hussein
membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu beliau telah pun
berumah tangga dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan mempunyai
6 orang anak. Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau menyertai UMNO semula atas
pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Yang Di-Pertua UMNO pada
tahun 1964. Pada Jun 1969 Tun Hussein dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja
UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah lama
menghilangkan diri dari arena politik, tapi UMNO yang mempunyai kepercayaan
atas kebolehan beliau mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan
Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana Tun Hussein
memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah sahaja pada Mei 1969.
BERKAHWIN DENGAN SUHAILA
Hussein
mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Hajjah Suhaila, anak Tan Sri Noah bin
Omar, Speaker Perlimen yang pertama sebelum dilantik sebagai Presiden Dewan
Negara.
Pertemuan
pertama pasangan bahagia ini terjadi semasa Hussein menyaksikan satu
persembahan anjuran UMNO di Segamat, Johor. Dalam pementasan itu, Suhaila
berlakon sebagai seorang pengantin bersama seorang saudaranya, Toh Puan Hajjah
Rahah. Pada masa itu,Hussein memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah
dan aktif dalam perjuangan UMNO.
Setelah
mengenali hatu budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, maka
termeterailah ikatan perkahwinan pasangan ini dan kemudiannya dikurniakan enam
orang cahaya mata, dua lelaki dan empat perempuan. Menteri Pelajaran Malaysia
Datuk Hishammuddin adalah anak pasangan ini manakala anak-anak mereka yang lain
ialah Harris, Roquiah Hanum, Surayah Hani, Roziah Hanis, dan Rozita Halima.
Suhaila
memang terkenal sebagai wanita berperibadi mulia dan mesra dengan sesiapa jua.
Perwatakan beliau melambangkan sifat wanita Melayu yang penuh dengan budi
bahasa dan bersopan santun. Penampilan beliau juga disenangi ramai. Seperti
isteri, ibu dan nenek lain, kerukunan hidup berkeluarga sentiasa menjadi
keutamaan beliau. Sebagai isteri, beliau sentiasa member dorongan dan sokongan
moral kepada Hussein sepanjang suaminya yang tersayang itu memegang pelbagai
jawatan termasuk Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.
Sebagai
ibu pula, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak
dalam segenap segi, sama ada dari segi kasih sayang, didikan atau tunjuk ajar
bagi memastikan mereka menjadi manuasia yang berguna dan berhemah tinggi serta
menikmati kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
SAYANGKAN KELUARGA
Selain
terkenal sebagai pemimpin yang pernah berjuang di medan perang, Hussin juga
dihormati kerana kemahirannya dalam bidang guaman.
Kerjaya
beliau bermula apabila kembali dari mengikuti pengajian di London dengan
berkhidmat sebagai peguambela dan peguamcara dengan sebuah syarikat guaman di
Kuala Lumpur.
Semasa
pimpinan Hussin pergerakan pemuda UMNO berhadapan dengan pelbagai rintangan
termasuk sekatan dan pantang larang yang dikenakan oleh penjajah Inggeris bagi
menghalang pergerakan itu daripada menjayakan perjuangan parti induknya.Namun
dengan bimbingan ayahandanya Hussin berjaya mengemudi pergerakan itu dengan
jaya.
Didikan
ibu bapa dan pengalaman yang diharunginya sejak kecil hingga dewasa menjadikan
Hussin insan yang berpendirian tegas serta berani.Sifat inilah yang dijadikan
bekalan oleh Hussin dalam memimpin pemuda Melayu untuk memperjuangkan maruah
dan nasib bangsa dalam menghadapi segala bentuk diskriminasi yang dikenakan
oleh penjajah Inggeris.
Falsafah
perjuangan perdana menteri Malaysia ketiga ini banyak dipengaruhi pengalaman
politik ayahandanya.Hal ini diakui sendiri oleh beliau dengan menyifatkan
bahawa,”Segala Azam dan cita-citanya(Datuk Onn) adalah azam dan cita-cita
saya.Politik ayah saya mempengaruhi politik saya.Dalam politik, keluarga tidak
boleh dipisahkan”.
Melalui pengakuan ini kita dapat
fahami bahawa pergerakan pemuda di bawah pimpinan beliau turut menggunakan
slogan “Hidup Melayu” yang dipeloporkan oleh ayahandanya semasa memegang
jawatan yang dipertua UMNO pertama.Slogan ini melambangkan keberanian dan
keteguhan semangat Melayu ketika itu.
Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang
mempunyai semangat nasionalisme dan akar politik yang mendalam, kemudian
meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk menyertai politik.
Pada tahun 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama.
Pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung.
Bagaimanapun, Hussein Onn meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Kemerdekaan
Malaya (IMP) pada tahun 1951 yang ditubuhkan oleh ayahandanya.
Oleh
sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik beliau pergi ke London untuk
belajar undang-undang di Lincoln's Inn dan berjaya melayakkan diri sebagai
Barrister-at-Law pada tahun 1958. Beliau pulang ke Malaya sebagai seorang
peguam bertauliah dan bekerja di Kuala Lumpur.
Tun Hussein Onn kembali ke politik untuk menyertai UMNO
pada tahun 1968 selepas dipujuk oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika
itu. Beliau bertanding dan menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan
dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu
beliau mewarisi Tun Dr Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai
Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak.
Tun Hussein Onn termasyhur dalam penegasannya terhadap
persoalan perpaduan melalui dasar-dasar yang bertujuan semata-mata untuk
membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum masyarakat.
Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda
pembangunan Allahyaraham Tun Abdul Razak; usahanya dalam memajukan Malaysia
tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Hussein Onn sentiasa mencuba
meningkatkan taraf hidup kaum Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan
dengan kaum-kaum lain pada waktu itu.
Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang
merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti
bumiputera dalam ekonomi negara.
Beliau juga memberi penekanan kepada
konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah.
Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia
juga diperbesar dan dipermodenkan kerana kekalahan Vietnam Selatan oleh pihak
komunis yang menggemparkan seluruh rantau Asia Tenggara.
Hussein Onn menjalani pintasan koronari pada awal 1981.
Pada 17 Julai dalam tahun itu, beliau bersara daripada politik aktif dan
meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri atas sebab-sebab kesihatan.
Jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh timbalannya, Mahathir bin Mohamad.
Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn
dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di
Malaysia.
Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada
September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri
Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di bawah pentadbiran Tun Hussein bin Dato'Onn,
Kementerian Pelajaran terus meningkat maju.
Tun Hussein bin Dato'Onn maju setapak lagi apabila dalam
Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada tiga
orang Naib Presiden yang dipilih.
Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973
Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan
kematian Tun Dr. Ismail.
Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Tun Hussein bin
Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap
Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Kepulangan Tun Abdul Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah
pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan seluruh negara. Berikutan itu dalam satu
mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari Tun Hussein bin Dato'Onn
telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO.
Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Tun Hussein bin
Dato'Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di
Istana Negara. Pada 1978 Tun Hussein bin Dato'Onn menang tanpa bertanding bagi
jawatan Presiden UMNO.
Ketika menjadi Perdana Menteri Tun Hussein bin Dato'Onn
telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'.
Sebagai seorang perwira, Tun Hussein bin Dato'Onn fasih
tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata
Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara
ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan
termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis.
Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis
di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah
golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi
gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa
dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan
konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang
diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.
Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh
kemelesetan ekonomi dunia, Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan
dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial.
Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya melancarkan Rancangan
Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya, Tun Hussein bin
Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak
ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi
ekonomi.
Pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn melancarkan pula
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera
yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik
pelabur luar menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan
ekonominya.
Sumbangan Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah
menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot, Tun
Hussein bin Dato'Onn menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan
Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara.
Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih
oleh Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981.
Tetapi beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti
Tabung Mata dan ISIS.
KEISTIMEWAAN TUN HUSSEIN
ONN
Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang yang amat
berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal-ehwal negara. Beliau
sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya.
Pengalaman ketenteraan menjadikan Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa.
Tun Hussein bin Dato'Onn memberi kebebasan akhbar dan
majalah untuk memberi kritikan dan komentar dengan harapan ini akan
meningkatkan prestasi pentadbirannya.
Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang negarawan yang
disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta
jujur seterusnya disanjungi oleh masyarakat Malaysia sebagai seorang pemimpin.
Dalam sejarah, Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa
dikenang sebagai 'Penyambung Warisan Yang Terbilang'.
Tun Hussein bin Dato'Onn juga dikenali sebagai 'Bapa
Perpaduan' kerana berjaya memupuk semangat perpaduan berbilang kaum yang lebih
erat dalam masyarakat Malaysia.
Tun Hussein bin Dato'Onn mewarisi kepimpinan UMNO yang
pernah disandang oleh ayahandanya, mewarisi program pembangunan yang dijana
oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh setia.
Malah Tun Hussein bin Dato'Onn pula mewariskan kerajaan
kepada Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan UMNO dalam keadaan yang
begitu kukuh.
PERSARAAN
Tun Hussein mempunyai dua anak lelaki serta empat anak perempuan. Isterinya
Toh Puan Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah. Pada 30 Mac 2004, anak lelakinya,
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.Kemudian
selepas Permulaan pentadbiran Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Dato' Seri
Hishamuddin dilantik pula sebagai Menteri Dalam Negeri. Sebaliknya, anak
perempuan sulungnya, Datin Roqiyah Hanim, meninggal di Kuala Lumpur pada 17
September 2005 sewaktu berumur 56, kerana menghidap penyakit barah payu dara.
~my team members~
salah eja ka?
ReplyDeletebahagian LATAR BELAKANG
pada rangkap 1 baris yang ke 2
'dilahirkan dilahirkan'