Tahi Lalat di kepala
- Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.
Tahi lalat di ubun kepala
- Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
- Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.
- Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
- Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
- Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
- Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
- Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.
- Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.
- Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.
- Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.
- Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
- Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.
- Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.
- Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.
- Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.
- Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
- Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.
- Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).
- Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
- Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.
- Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.
- Dipermudah rezekinya.
- Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.
- Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.
- Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.
- Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.
No comments:
Post a Comment